Lahir pada tanggal 14 Ogos 1988 di Pulau Pinang, Zulkifly Bin Mohd Yunus merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik.
Beliau melalui alam pembelajaran di rumah dengan asuhan ibu bapa dan seterusnya ke tadika KEMAS Kebun Sireh. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh sehingga tamat darjah 6 dan melanjutkan pembelajaran di Penang Free School (2 minggu) sebelum berpindah ke Maktab Rendah Sains MARA Kulim, Kedah. Setelah tamat tingkatan 3, beliau berpindah ke Maktab Rendah Sains MARA Taiping dan menamatkan tingkatan 5 di sana.
Sekarang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Pahang dalam bidang bioperubatan. Melihat fenomena remaja yang semakin meruncing pada hari ini, penulis yang juga seorang remaja mewujudkan laman Motivasi Remaja ini untuk bersama-sama meningkatkan kembali semangat yang semakin pudar…dari remaja buat remaja. Selamat berkongsi dalam pelayaran membina generasi harapan ini.

Email: zul_ajon@yahoo.com


