Hari ini UIAM Kuantan menganjurkan perlawanan sukan-sukan antara beberapa universiti di sekitar Kuantan. Perlawanan ini dinamakan sebagai “Fatal Four Way“. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Bola tampar, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Saya turut terlibat sebagai salah seorang pemain bola tampar. Namun, hari ini saya telah belajar sesuatu yang sangat berharga. Saya bukan ingin bercerita tentang Fatal Four Way atau tentang saya, tapi tentang satu skill asas dalam permainan bola tampar, “Digging“.
Tahukah anda apakah itu digging?

Digging merupakan perkara asas yang perlu sentiasa dilatih dan tidak dapat tidak seorang pemain bola tampar harus mempelajarinya. Anda tahu berapa lama tempoh yang diambil untuk mempelajari digging? Tempohnya sebenarnya subjektif. Saya mula mempelajari permainan bola tampar sejak tingkatan 3. Namun, sehingga kini belum betul-betul mahir dengan skill tersebut. Hehe, mungkin saya sendiri memang tak konsisten. Saya sering tertanya-tanya…
Hari ini saya dapati ada sesuatu yang tidak ada pada saya ketika perlawanan. Tenang dan yakin. Percaya atau tidak, saya tak dapat mengangkat bola dengan baik ketika diri dihantui kerisauan dan mind setting yang negatif “hish, aku tak terror ambil first ball ni”… Oh ya, apa pula first ball? First ball adalah bola pertama yang diangkat setelah pihak lawan menghantar bola melepasi net. Selalunya, first ball ini diangkat atau dinaikkan dengan digging. Berbalik kepada cerita saya tadi, saya gagal mengangkat bola dengan baik.
Setelah beberapa ketika, saya sedar bahawa saya harus tenang dan yakin. Ternyata hasilnya lebih baik. Sememangnya, perasaan kita selalu mempengaruhi tindakan kita. Maka apa yang perlu dikawal lebih ialah perasaan kita ketika apa jua permainan. Keyakinan, fokus, kerjasama, tenang ialah antara faktor yang bagi saya sangat sangat sangat menyumbang kepada kemenangan (selagimana kita main dengan betul la
).
Permainan bola tampar merupakan satu permainan yang penuh dengan strategi. Sekadar hebat memukul bola belum tentu menjamin kemenangan. Walaubagaimanapun, saya akan kongsikan lagi berkenaan skills ini pada masa akan datang. Sekarang agak keletihan dan petang ini ada lagi satu perlawanan untuk penentuan ke peringkat akhir.
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, bukan semata-mata kemahiran digging yang mengambil masa yang lama untuk dikuasai, bahkan untuk mendapatkan ketenangan dan keyakinan itu jauh lebih sukar dan mencabar.
Jumpa lagi!



i saw you play that day
hehe.
tp iza tak pandai maenla.
setiap kali maen,merah giler tangan!
sdey eh.
haha