Sedar tak sedar sudah 10 hari kita berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah Allah masih hidupkan kita di 10 Ramadhan 1429 H ini. Alhamdulillah Allah telah memudahkan urusan kita dan memberikan peluang kepada kita untuk terus beribadah kepadanya…
Sebentar tadi saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Midterm Human Genetic, Alhamdulillah semuanya OK2 aja…Bukan jawapan saya yang saya maksudkan benar di atas
tapi ada sesuatu yang lain yang memberikan pengajaran yang saya rasa boleh dikongsikan bersama.
Sebagaimana sedia maklum (jika belum di sini dimaklumkan
) para pelajar lelaki UIAM Kuantan tahun 2 dan tahun tahun 3 sekarang menetap di asrama luar yang disediakan oleh pihak UIAM. Spesifiknya di Indera Mahkota 2, jarak lebih kurang 8 - 10 minit perjalanan ke Kampus Utama jika menaiki motosikal. Bergantung kepada kelajuan
.
Tamat sahaja exam dan kelas tadi, saya terus memacu motor balik ke asrama. Dalam perjalanan…jeng jeng jeng, ada pihak JPJ membuat sekatan jalanraya. Saya dengan muka selamba berhenti.
Pegawai JPJ : keluarkan lesen dan IC
saya pun keluarkan lesen “P” saya…
saya : ini dia encik
Pegawai JPJ tu pun tengok dan periksa motor saya…hmm, ada pelekat “P”…
Pegawai JPJ : road tax?
Saya : Bawah seat encik
Pegawai JPJ : Hidup?
Saya : Hidup encik (sambil hendak bangun menunjukkan bukti)
Pegawai JPJ : Eh, takpe2…boleh jalan.
Alhamdulillah saya memacu motor pulang dengan penuh rasa kemenangan…waktu kena tahan tu, kawan saya pun kena tahan jugak. Tapi dia tak selamat sebab lesen dia dah mati…Nampaknya dia tak perasan sebab baru je mati…Kesian ‘dia’…
MORAL : Berani kerana benar.Keberanian yang benar datang daripada kebenaran, keberanian yang batil datang daripada kebatilan



Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below