Sebagai seorang pelajar, kita tidak dapat lari daripada menghadiri kelas…Boleh dikatakan itu merupakan perkara ‘wajib‘ bagi seorang pelajar. Di sinilah kita akan diisi dengan ilmu-ilmu yang bersifat teori dan mungkin juga ada yang praktikal. Tidak kira dalam apa jua kursus pengajian yang kita ambil, kita tetap melakukan satu perkara yang sama.
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa suatu hari nanti kita pasti berhadapan dengan satu dunia (masih dunia yang sama) yang lebih mencabar dan penuh dengan aplikasi ilmu. Jika kita semata-mata hadir ke kelas dan menganggap itu sudah cukup sebagai bekalan untuk masa akan datang, maka kita mungkin ketinggalan dari awal lagi…Jadi, kali ini ayuh kita bercerita tentang MULTI-TALENTED STUDENTS
Ada orang yang dilahirkan dengan dikurniakan pelbagai kebolehan semulajadi dan ada yang lainnya terpaksa bertungkus-lumus untuk mendapatkan pelbagai kemahiran…Hakikatnya, memang kita tidak dapat lari daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu kemahiran yang mampu kita kuasai dan terus dibina dengan baik. Seorang pelajar yang dapat mencapai keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang, tambahan pula dapat berkomunikasi inter-personnel dengan baik, dan juga mampu menjadi seorang manager yang hebat lebih mendapat permintaan dalam pelbagai sektor pekerjaan berbanding seorang pelajar yang hanya digelar ‘ulat buku’ tetapi kurang dari aspek kemahiran-kemahiran yang lain.
Di sinilah letaknya kesungguhan yang seharusnya dimiliki oleh kita sebelum apa-apa kemahiran kerana segalanya tidak mustahil dicapai dengan kesungguhan. Dengan kesungguhan inilah yang akan memudahkan kita membina kemahiran-kemahiran luar kelas yang sangat bagus untuk masa hadapan. Walaubagaimanapun, kita tidak harus hilang fokus kepada aktiviti-aktiviti luar sehingga pelajaran terabai…Bahkan kita harus berusaha menyeimbangkan antara kedua-duanya supaya kita tidak menjadi seorang yang ekstremis.
Ertinya terlalu mementingkan yang lain dan mengabaikan yang lain sedangkan semuanya sama-sama penting.
Jadi, kepada diri saya dan semua, saya mengharapkan kita bertindak dan berusaha sebaik-baiknya untuk menjadi seorang pelajar yang multi-talented. Jika anda tidak dilahirkan sedia sempurna, berusahalah membina kesempurnaan kerana itu lebih dekat kepada kejayaan yang berharga.
Selamat Berjuang!!! ![]()



jadi di sinilah pentingnya untuk seseorang pelajar itu untuk terlibat secara aktif bukan sahaja di dalam kelas, tetapi dalam aktiviti-aktiviti luar kelas yang insha Allah akan memberi banyak manfaat kepada mereka.