Sedar tak sedar hari ini genap umurku 20 tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu membawaku dalam pelayaran kehidupan sementara ini. Entah sampai bila aku akan terus bernafas di atas muka bumi ini. Mungkin besok atau sebentar lagi atau mungkin Allah ingin berikan aku lebih lama masa untuk bekerja di atas muka bumi ini. Itu aku tidak pasti, yang pasti aku akan mati dan segala perbuatanku akan dipersoalkan. Apakah lebih pantas aku mengejar keuntungan di dunia dengan bersungguh-sungguh sedangkan Allah mempersiapkan untukku ganjaran di alam akhirat yang kekal abadi?…
Suatu hakikat yang tidak dapat aku tolak ialah masa itu takkan pernah terhenti…dan aku takkan kembali ke usia sebelumnya melainkan akan terus bertambah sampai waktu yang ditetapkan untuk diriku. Hari ini aku seorang remaja, dan aku bukan mengecil semula menjadi kanak-kanak bahkan akan terus membesar menjadi dewasa. Sepanjang perjalanan ini, adakah harus membiarkan masa berlalu tanpa aku peduli? Sedangkan aku pasti dipersoalkan tentang masa mudaku di hadapan raja segala raja. Aku pasti ditanya tentang ke mana aku menghabiskan masa yang terus berlalu.
Seketika aku terkenang zaman kecil saat aku belum mengerti tentang kehidupan. Yang ada hanya keseronokan dan permainan. Zaman itu telah berlalu bagiku dan bukan lagi masanya untuk aku terus bersuka-suka di atas muka bumi ini dan terus terlupa bahawa aku pasti kembali kepada-Nya di sana nanti. Ah, apa ada pada ucapan-ucapan dari kawan-kawan di hari lahirku…Sedangkan umurku makin bertambah dan semakin menghampiri kematian. Seharusnya aku lebih pantas mengucapkan selamat ulangtahun melahirkan kepada ibuku dan selamat ulangtahun menyambut kelahiran kepada ayahku. Bahkan seharusnya aku lebih pantas bersyukur kepada yang Maha Mencipta yang telah menciptakan aku suatu ketika dahulu…
Hari ini ialah hari aku menyedarkan diri akan umurku yang semakin singkat dan hidupku yang semakin dekat ke alam abadi…yang sentiasa kurindui untu pertemuan dengan-Nya…



Salam ‘alaik adik Zul yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran….subhanallah, monolog yang baik….akak suka cara Zul menanggapi hari kelahiran Zul ni….sesungguhnya yang paling bijak di antara kamu adalah yang paling banyak mengingati mati….Allahu a’laam…
Semoga pertambahan usia seiring dengan pertambahan amal….Amin…pohon kirimkan doa dari kejauhan buat akak….mudah-mudahan hembusan bayu MAlaysia sampai ke benua Australasia…:)