Goooooooooooooooooooooooooooooooooaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal!!!!!!!!!!!!!!
Wah, itulah jeritan yang kedengaran saat gawang gol ditembusi sebiji bola EURO 2008. sorakan yang menggamit kesunyian awal pagi dan mengejutkan pembancuh air di kedai-kedai mamak. Mana tidaknya, musim bola (EURO 2008) bolehlah jugak dipanggil musim “sorakan awal pagi”. Fuh, begitu hebat kesan EURO 2008 ni sampai setiap jenis media (cetak, penyiaran tv dan radio) pasti tak terlepas dalam membuat liputan mengenainya. Mengalahkan liga Malaysia dan liga sekolah-sekolah berasrama penuh (huhu). Adakah riuh-rendah musim EURO 2008 ini sesuatu yang normal atau tidak normal? Sesuatu yang sihat atau tidak sihat?
Secara peribadi, saya merasakan bahawa tidak ada masalah kita memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang kita minati dan tidak ada masalah juga dalam meminati bola sepak (saya pun minat). Apa yang saya cuba lontarkan ialah bagaimana seharusnya minat itu dikawal. Persoalan timbul, adakah kita yang mengawal minat bola sepak atau minat itu yang dilihat mengawal setiap gerak geri kehidupan kita. Kerana bola, kita sanggup bangun awal pagi untuk menontonnya. Dah habis, tidur balik dan subuh gajah. Itu contoh. Pokoknya, anda sendiri tentukan apa yang sedang terjadi dalam diri kita secara peribadi.
Secara umum pula, saya melihat bahawa masyarakat kita sudah menjadikan bola sepak sebagai sesuatu yang utama dan sangat penting bagi mereka. Terlepas satu perlawanan kecewa seharian. Kadangkala obsesi yang berlebihan ini boleh memberi impak kepada keharmonian masyarakat dan peningkatan modal insan. Tengok bola sampai mengantuk di tempat kerja. Kerana gila bola anak isteri di anak tirikan (huhu). Media pula berlumba-lumba membuat liputan mengenainya. Seolah-olah pemikiran kita telah diprogramkan untuk merasakan bahawa “bola ini sebahagian daripada hidup aku, cita-citaku, matlamat hidupku”. Apa-apa pun, saya tidak membuat kesimpulan ini secara standard untuk semua orang, mungkin ada yang betul-betul sekadar menonton bola dan minat tidaklah sampai tahap dewa. Ada juga yang minat gila sampai jadi gila bola. makan bola, tidur bola, mandi bola. hehe.
Saya berpesan kepada diri dan semua untuk sama-sama kita merenung dalam-dalam dan jangan bertanya orang lain sebelum bertanya diri sendiri “APA STATUS DIRI AKU? HAMBA BOLA ATAU PEMAIN BOLA?” Dengan gol yang dijaringkan Van Der Vaart tidak menguntungkan kita sesen pun. Mungkin mengecewakan kalau kita menyokong pasukan lain. Pasukan yang menang meraih trofi sedangkan kita masih menganggur tiada kerja. Bahkan, pasukan negara diperleceh. Itu sesuatu yang tidak sihat atau sihat?
Bila tiada perlawanan kita tidur dan mungkin boleh bangun awal untuk solat subuh. Atau mungkin boleh bangun solat tahajjud. Bila ada perlawanan, kita bangun awal untuk tengok bola dan terus tidur lepas tu, tertinggal subuh dan tahajjud. Itu normal atau tak normal? Jangan tanya saya, tanya diri anda.
Kesimpulannya, tiada masalah tengok bola. Tiada masalah minat bola. Apatah lagi tiada masalah bermain bola. Tiada juga masalah minat pemain-pemain bola. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, “BOLA BUKAN MATLAMAT HIDUP KITA”



bersetuju sgt dengan tulisan saudara ini