Ala tak bestnya…cuti sekolah dah nak habis…
Mungkin itu rungutan-rungutan yang boleh kita dengar daripada adik-adik yang sedang bersekolah…ye lah mana tidaknya, cuti sekolah dah nak habis..pejam celik pejam celik dah nak habis 2 minggu. Tak terasa ia berlalu…kalau kat tempat saya ni tengah hangat main guli. Tiap-tiap hari tengah-tengah rembang (tengahari) akan turunlah sekumpulan kanak-kanak bermain guli…hmm, tiap-tiap hari tau! hehe…
Asyik dok melihat kanak-kanak bermain guli di tepi kedai mak saya, teringat zaman kanak-kanak dulu…bukan setakat guli…gasing, lastik, pistol bemban (kalau tak penah dengar sah bukan orang kampung huhu…atau kat tempat lain namanya lain), buluh pong (dekat kampung saya ni - Penang - panggil ‘champlon’), layang-layang, kereta sorong buatan sendiri, mercun buatan sendiri (pakai rim tayar basikal ngan mancis) dan macam-macam lagi lah…
bila teringat macam tergelak sorang-sorang, mengenangkan diri yang sudah agak dewasa dan melepasi zaman tersebut…Alhamdulillah sekarang tak sampai terlibat dalam gejala-gejala kurang sihat yang lebih meruncing…hehe…sejenak terfikir, apalah masa depan kanak-kanak ni nanti…semoga semuanya dapat mencapai kejayaan. Apa yang dilalui mereka sekarang merupakan rencah dalam proses pembesaran mereka…macam saya sendiri.hehe
Kalau nak suruh kanak-kanak tu renung balik apa yang dah dilakukan mereka sepanjang cuti, mungkin mereka tak dapat nak memahami sebab yang ada di fikiran hanya main…main…main…kalau yang ada komputer tu sibuk depan komputer 24 jam main game (atau sekarang lebih advance nya PS2), kalau yang duduk kat sawah bendang tu mungkin la boleh mandi lagi kat ban. Yang duduk tengah bandar tak mustahil dah merempit (basikal), dan macam-macam lagi lah kerenah-kerenah yang dapat dilihat.
bagi adik-adik yang sudah agak dewasa tu, yang tingkatan tu lah…mungkin lebih advance caranya menghabiskan cuti. Ada yang berkepit dengan handset 24 jam, atau berkepit dengan buah hati 12 jam (kira diskaun la sikit jam), ada yang merempit motosikal atau tak kurang jugak yang menjadi kutu lepak di sana-sini. Golongan ni kalau nak suruh mereka fikir mungkin dah mampu fikir dan mungkin dah ada kesedaran sendiri. Kalau yang dah sedar tu, masanya mungkin habis dengan cara yang lebih baik, dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
Pokoknya, siapa yang harus bertanggungjawab untuk membimbing adik-adik ni menghabiskan masa cuti dengan baik? Siapa lagi kalau bukan anda kerana anda mempunyai kesedaran…Jika tidak, anda takkan baca artikel ni sampai ke sini. Kalau ada adik-adik tu, banyakkanlah memperuntukkan masa dengan mereka dan beri mereka semangat untuk terus belajar..Jangan mengongkong ‘tahap dewa’ pula ye. Mereka inginkan kebebasan, ya kebebasan. Berikan kebebasan tetapi berikan panduan dan tunjuk ajar, itulah yang dikatakan membimbing ok
Masa depan mereka perlu dipercerahkan dan sumbangan yang kita beri pada hari ini sangat berharga buat mereka.
Buat adik-adik di luar sana, selamat bercuti dan selamat kembali belajar! Ini lagu dedikasi khas untuk adik-adik:



Salam,
Wah mcm boleh jadi Fasilitator Zul ni..huhu…ajak aku sekali bila jadi tu..huhu