Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)
Sepotong ayat yang cukup tepat bagi menjawab persoalan:
- aku tak suka benda ni, sebab apa ia menimpa aku?
Sahabat-sahabat yang kukasihi sekalian. Kita selalu menginginkan yang mudah-mudah agar kita dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan. Dalam kita mengimpikan keindahan tadi, kita lupa bahawa segala aturan hidup ini diatur oleh-Nya. Bagaimana pula jika aturannya ialah suatu laluan yang sangat sukar dan penuh duri? adakah kita akan masih yakin akan kehebatan Allah? Adakah kita akan tetap beriman kepada Allah?
Kehidupan para sahabat lebih hebat lagi dugaannya. Mereka digoncang jiwa bahkan fizikal mereka turut diseksa dan kehidupan mereka dicengkam. Itu tidak menjadi tanda bahawa mereka dibenci oleh Allah bahkan merekalah golongan yang telah dicap mendapat keredhaan Allah.
Maka kita lihat pula pada diri kita sendiri, apakah kita siap menerima apa sahaja ujian yang bakal menimpa kita atau kita hanya mahu memilih yang mana sesuai dengan naluri kita?
Sesungguhnya syurga itu mahal harganya dan laluan ke sana tak semudah yang disangka…tetapi, jika kita betul-betul menginginkanna, kita akan sanggup hadapi apa jua demi kebahagiaan yang selama-lamanya….selama-lamanya…
Berbalik kepada ayat di atas, kita seharusnya memahami bahawa tidak semua perkara yang kita hadapi itu akan menyenangkan kita. Dan kesusahan yang kita alami bukan penanda akan kebencian Allah kepada kita. Bahkan, kita sedang disiapkan untuk menghadapi cabaran di masa akan datang yang lebih hebat, jauh lebih memerlukan kesabaran dan kekentalan jiwa!
maka bersabarlah…




apabila sesuatu masalah selesai hasil usaha ,doa dan tawakal kepada Allah,hanya Allah yang tahu betapa nikmat dan senangnya hati kita…Syukur