Kejayaan? Bagaimana anda mendefinisi istilah ini? Secara umum, kejayaan itu dilihat dari aspek yang berbeza oleh orang-orang yang berbeza-beza. Antaranya, kejayaan itu dilihat telah dicapai apabila:
- Berjaya dalam peperiksaan
- Mendapat kerja yang baik dengan gaji yang lumayan
- Memasuki Universiti yang berprestij atau sekolah yang ternama
- Berjaya memenangi hati kekasih
- Berjaya melepaskan diri daripada masalah
- Berjaya menipu atau melakukan jenayah dengan cemerlang
Begitulah sedikit sebanyak takrifan kejayaan daripada sudut pandang orang-orang yang berbeza-beza. Persoalannya, bagaaimana kita mendefinisikan kejayaan diri kita? Bagaimana kita meletakkan diri kita sebagai salah seorang yang berjaya?
Ya! Kejayaan diperoleh oleh orang-orang yang berjaya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya:
- Tidak putus asa walaupun gagal
- Sentiasa berfikir untuk mencapai kejayaan
- Tidak takut gagal
- Melihat ke hadapan dan berpandangan jauh
- Bertarung dengan diri sendiri sebelum menilai orang lain
- Sistematik
- ]Berfikiran positif
Saya berpendapat bahawa orang yang mengalami kegagalan belum layak digelar sebagai orang yang gagal. Bukan masalahnya pada kegagalan yang dia alami, tetapi pada cara dia menghadapi kegagalan tersebut.
Teruskan berfikir. Kita bincangkan setiap isi ini di masa depan satu per satu.
Jangan takut Untuk Gagal dan Kejayaan diperoleh oleh orang-orang yang berjaya!




Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below