“Dalam kehidupan pasti akan berlaku kegagalan. Setiap manusia yang berjaya, pasti akan mengalami kesulitan di suatu masa semasa ia mendaki puncak kejayaan. Jika kita ibaratkan kejayaan adalah seperti puncak gunung yang berjaya ditawan, maka kegagalan adalah liku-liku perjalanan menuju puncaknya. Kegagalan adalah ranjau yang menunggu di tepi laluan, yang mana mahu tidak mahu perlu kita hadapi dalam usaha untuk sampai ke puncak.”
sumber:http://www.creamstudents.com
Petikan ini cukup menarik untuk saya ulas. Ia menggambarkan bahawa kita seharusnya sentiasa bersikap positif dan tidaktakut untuk gagal. Ketakutan semata-mata tidak membantu kita untuk terus berusaha mengurangkan kegagalan dan mencipta kejayaan.
Jika direnungkan, kita tetap akan menjalani kehidupan sama ada kita takut atau tidak. Jadi, kenapa tidak memberanikan diri dan tempuhi semua cabaran hidup tadi dengan cara yang terbaik? Jika gagal, tidak mengapa, cuba lagi. Tuhan tidak pernah menutup ruang kepada kita untuk memperbaiki diri.
Hanya kita yang selalu suka mengambil tempat Tuhan, membuat andaian-andaian yang bukan-bukan sebelum kita betul-betul mencuba sesuatu. Meletakkan takdir yang belum itu ditakdirkan untuk kita.
Jadi, jangan takut untuk gagal, kerana kegagalan itu sebahagian daripada jalan menuju kejayaan. Orang yang pernah gagal akan lebih menghargai kejayaannya



1 Comment Already
Pingback & Trackback
Related Post
Leave Your Comments Below