Suasana di kafe malam itu meriah seperti selalu. Para pelajar sibuk memebuat tempahan masing-masing. Sememangnya waktu selepas maghrib sebegini, kafe ini pasti penuh terutamanya dengan para pelajar perempuan. Mungkin kerana suasananya yang agak romantik dengan pencahayaan yang asmar-samar. Kafe-kafe lain juga tak kurang hebatnya di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini. Namun, Kafe Aroma ada keunikannya yang tersendiri. Kafe ini jugalah yang menjadi pilihan Faizul untuk menjamu selera bersama abangnya yang datang melawat pada malam itu.
“Ramai ya pelajar malam ni Zul. Makanannya pun boleh tahan”, abang Hafiz menyatakan kekagumannya.
“Memang setiap malam pun macam ni bang. Zul pun jarang makan di sini. Saja nak bagi abang try western food kat sini”, Faizul berbicara sambil tangannya sibuk memotong-motong chicken chop yang terhidang.
“Kau memang best la zul!” Abang Hafiz menyambung, “eh, takkan tiada kawan-kawan perempuan kau yang ingin kau kenalkan kepada abang?” Tiba-tiba soalan itu terkeluar spontan daripada mulut abang Hafiz.
“Ish abang ni, perlahan-lahan la sikit cakap tu”, bisik Faizul sambil memerhati sekeliling takut-takut kalau ada yang mendengar perbualan mereka.
“Budak-budak kat sini baik-baiklah abang, tak boleh diganggu tau!” jawab Faizul sinis.
“Eleh, engkau tu yang tak pandai dan tak berani memikat. Sudahlah, nanti biar abang sendiri yang cari line”.
Faizul hanya tersenyum dengan gurauan basi abang Hafiz. Dia terus sahaja menikmati hidangan yang jarang-jarang dirasakannya itu.
Sedang mereka enak menjamah makanan, pandangan Faizul teralih ke kaunter tempahan dan bayaran. Kelibat seorang pelajar perempuan menarik perhatiannnya. Seketika itu juga gadis tersebut memandangnya dan melemparkan senyuman. Faizul membalas dengan senyuman tawar sambil mengalihkan pandangannya. “Astaghfirullah”, Faizul beristighfar panjang.
Selesai membuat tempahan, gadis itu duduk di meja sebelah Faizul dan abangnya duduk. Kehadirannya turut disedari abang Hafiz.
“Eh zul, kau kenal tak budak sebelah ni?” Tanya abang Hafiz ingin tahu.
“Rakan sekelas saya, Aimi”, jawab Faizul ringkas.
“Wah, peluang baik ni.”
“Mengarutlah abang ni”, Faizul memotong awal kata-kata abangnya dengan senyuman tawar.
“Jangan menyesal nanti.”
“Sudahlah, mengarut betul”, Faizul menyambung, “Jomlah, makan pun dah habis.”
“Yelah yelah. Jom!”
Abang Hafiz bangun dan terus ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Faizul bangun untuk meninggalkan kafe. Sejurus melalui meja di sebelahnya, satu teguran menyapanya, “Hai Faizul!”



Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below