Salam sejahtera semua!
Bersempena Ramadhan yang semakin hampir, ayuh kita motivasikan diri dan menaikkan semangat untuk terus beribadah kepada-Nya.
Di sini saya sediakan video untuk sama-sama kita ambil manfaat.
Salam Motivasi Ramadhan!
| Anda boleh mendaftar email untuk mendapatkan berita-berita terbaru daripada kami. Sila pergi ke bahagian "Daftar E-Mail" di bahagian kanan laman. Untuk menjadi penulis, anda boleh register di bahagian "Meta". Selamat membaca! |
Salam sejahtera semua!
Bersempena Ramadhan yang semakin hampir, ayuh kita motivasikan diri dan menaikkan semangat untuk terus beribadah kepada-Nya.
Di sini saya sediakan video untuk sama-sama kita ambil manfaat.
Salam Motivasi Ramadhan!
Bulan syaaban hampir menemui penghujungnya untuk tahun 1429 H ini dan bulan Ramadhan yang dirindui akan kembali menyegarkan jiwa buat para pencinta Tuhan dan para perindu syurga. Boleh jadi aura kedatangannya tidak dirasai sehebat EURO 2008 atau Olimpik Beijing bagi sesetengah orang, namun kehadirannya ibarat suatu sinar cahaya bergemerlapan yang muncul kembali bagi orang-orang yang mengerti.
Setahun ia pergi meninggalkan kita dalam bekalan yang makin tandus dengan amal yang semakin corot. Kini ia datang lagi untuk memberikan kita ruang mengumpul bekal menghadapi setahun yang penuh cubaan dan duri. Suatu bulan yang penuh ganjaran dan rahmat daripada tuhan pencipta alam…
Semoga lagu ini dapat memberikan semangat kepada kita untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah suci Al-Quds.
Sebagai seorang pelajar, kita tidak dapat lari daripada menghadiri kelas…Boleh dikatakan itu merupakan perkara ‘wajib‘ bagi seorang pelajar. Di sinilah kita akan diisi dengan ilmu-ilmu yang bersifat teori dan mungkin juga ada yang praktikal. Tidak kira dalam apa jua kursus pengajian yang kita ambil, kita tetap melakukan satu perkara yang sama.
Walaubagaimanapun, kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa suatu hari nanti kita pasti berhadapan dengan satu dunia (masih dunia yang sama) yang lebih mencabar dan penuh dengan aplikasi ilmu. Jika kita semata-mata hadir ke kelas dan menganggap itu sudah cukup sebagai bekalan untuk masa akan datang, maka kita mungkin ketinggalan dari awal lagi…Jadi, kali ini ayuh kita bercerita tentang MULTI-TALENTED STUDENTS
Sedar tak sedar hari ini genap umurku 20 tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu membawaku dalam pelayaran kehidupan sementara ini. Entah sampai bila aku akan terus bernafas di atas muka bumi ini. Mungkin besok atau sebentar lagi atau mungkin Allah ingin berikan aku lebih lama masa untuk bekerja di atas muka bumi ini. Itu aku tidak pasti, yang pasti aku akan mati dan segala perbuatanku akan dipersoalkan. Apakah lebih pantas aku mengejar keuntungan di dunia dengan bersungguh-sungguh sedangkan Allah mempersiapkan untukku ganjaran di alam akhirat yang kekal abadi?…
Suatu hakikat yang tidak dapat aku tolak ialah masa itu takkan pernah terhenti…dan aku takkan kembali ke usia sebelumnya melainkan akan terus bertambah sampai waktu yang ditetapkan untuk diriku. Hari ini aku seorang remaja, dan aku bukan mengecil semula menjadi kanak-kanak bahkan akan terus membesar menjadi dewasa. Sepanjang perjalanan ini, adakah harus membiarkan masa berlalu tanpa aku peduli? Sedangkan aku pasti dipersoalkan tentang masa mudaku di hadapan raja segala raja. Aku pasti ditanya tentang ke mana aku menghabiskan masa yang terus berlalu.
Seketika aku terkenang zaman kecil saat aku belum mengerti tentang kehidupan. Yang ada hanya keseronokan dan permainan. Zaman itu telah berlalu bagiku dan bukan lagi masanya untuk aku terus bersuka-suka di atas muka bumi ini dan terus terlupa bahawa aku pasti kembali kepada-Nya di sana nanti. Ah, apa ada pada ucapan-ucapan dari kawan-kawan di hari lahirku…Sedangkan umurku makin bertambah dan semakin menghampiri kematian. Seharusnya aku lebih pantas mengucapkan selamat ulangtahun melahirkan kepada ibuku dan selamat ulangtahun menyambut kelahiran kepada ayahku. Bahkan seharusnya aku lebih pantas bersyukur kepada yang Maha Mencipta yang telah menciptakan aku suatu ketika dahulu…
Hari ini ialah hari aku menyedarkan diri akan umurku yang semakin singkat dan hidupku yang semakin dekat ke alam abadi…yang sentiasa kurindui untu pertemuan dengan-Nya…